OMG!!!! Gumbiranya aku!!!

Salam dan selamat petang semua

Pagi tadi selesai mengajar satu kelas saya dikejutkan dengan satu pengumuman oleh rakan sekerja saya. Dia, breathless  and panicking tanya 'mengapa takleh nak vote dah kak jue?' Bila mendengar perkara itu saya tahu cuma ada dua possibility samada saya terpilih antara top 12 atau saya tersingkir minggu ini (tambahan pula semalam saya semak peratusan saya antara yang terendah. Bila check website 'FUUUHHH! Lega dan gembira tak terkata!!! Terima kasih kepda semua pengundi saya, ahli keluarga, para rakan, kawan dan sahabat, rakan2 sekerja saya serta kesemua pelajar-pelajar saya yang tersayang. Tak sia2 promosi dan pengorbanan kita selama ini. Kadang2 nak tergelak pun ada bila mengenangkan macamana 'hebat' promosi undian terutamanya di tempat kerja saya Universiti Sains Islam Malaysia. Di mana2 pergi boleh dengar saya ataupun para pelajar saya akan rap 'Undilah miss jue! Jangan malu-malu, singgah di website itu (sambil tunjuk alamat website mas traveller) , nampak gambar miss pakai baju biru, dan klik butang itu iaitu undilah miss jue'. Dimana-mana laungan kedengaran, di kelas, di dewan makan, di pertandingan debat dan juga pengumuman rasmi. Memang bila berlaku perkara yang pelik (seperti salah seorang pensyarahnya berpeluang memenangi percutian percuma) kecoh satu kampung!!! Hehe
Namun, the battle is far from over. Kata putus terletak di pihak penganjur untuk memilih 7 pemenang. Jika saya terpilih saya amat bersyukur dan berterima kasih (kecoh lagilah USIM!) Jika tidak, saya akan mengucapkan tahniah kepada pemenang-pemenang kita yang bertuah. Of course akan sedih (oh! the horror!) but adat pertandingan so terima ajelah.....
Jika saya sedih, saya akan meluangkan masa untuk menari tarian gelek (belly dance). Segala masalah akan dilupakan bila saya menari. Mungkin kerana bila berpeluh badan akan mengeluarkan endorphin (feel good hormon). Mungkin juga kerana ia satu kepuasan bila saya melakukan satu aktiviti in which I am good at. Atau kerana muzik arab yang membuai-buai atau rancak yang seperti memangil-manggil mengajak badan untuk menari mengikut rentaknya.When I dance, I can sometimes really get lost in the movement and tempo or music. Jika saya marah atau kecewa, Aikido pula penawarnya. Boleh melepaskan segala perasaan yang terpendam dengan tumbukan atau tendangan. No words to describe the feeling of kicking someone's ass hehe....(tapi takdelah pula sampai mencederakan, latihan Aikido bukan berkonsep sebegitu). I am an endorphin junkie!!! JAdiapa2 sahaja yang melibatkan pergerakkan fizikal membawa kegembiraan pada saya. Dan saya rasa ini penting tambahan pula jika kerja yang dilaksanakan membawa kadar stres yang tinggi.
Terima kasih sekali lagi kerana undian anda. I have no words to describe my deepest gratitude. Semoga tuhan memperkenankan segala permintaan dan hajat anda.  
  

Posted by jueniza on 10 Mac, 2010  |  (1) comment  |  Post a comment

Please login to comment.

Recent Comments

husna salleh - 12 Mac, 2010 at 17:18

bez of lux to u miss!!!

Facebook
Twitter    YouTube