1. |
|
HURAIAN RINGKAS PERADUAN |
1.1 |
|
Peraduan “Saya Nak Cuti” (“Peraduan”) adalah satu peraduan yang dianjurkan oleh Malaysia Airlines Systems Berhad dengan kerjasama ASTRO (kedua-duanya dirujuk secara kolektifnya sebagai “Penganjur”) |
1.2 |
|
Pemenang-pemenang Peraduan ini akan menerima satu percutian yang dibayar sepenuhnya ke destinasi impian yang dihuraikan dalam penyertaan mereka, dan percutian impian ini akan dirakamkan sebagai satu rancangan television yang buat masa ini akan bertajuk “Saya Nak Cuti” (“Rancangan”). |
2. |
|
PENGENALAN |
2.1 |
|
Peraduan ini adalah tertakluk kepada Terma-terma dan syarat-syarat ini (“Terma-terma dan Syarat-syarat”). |
2.2 |
|
Peraduan ini akan diadakan dari 6hb Januari 2010 hingga 31hb Januari 2010 (“Tempoh Peraduan”). Peraduan ini akan ditutup pada jam 11.59 malam pada 31hb Januari 2010 (“Tarikh Tutup Peraduan”) atau satu masa lain yang ditentukan oleh Penganjur dari semasa ke semasa. Penyertaan yang diterima selepas masa yang telah ditetapkan tidak layak untuk memenangi hadiah. |
2.3 |
|
Pihak Penganjur mempunyai hak tunggal untuk mengubah, menangguh atau menukar tarikh Peraduan atau melanjutkan Tempoh Peraduan. |
2.4 |
|
Mekanisma ringkas Peraduan ini adalah seperti berikut: |
| |
|
2.4.1 |
|
seseorang boleh memilih untuk menyertai Peraduan dengan mencalonkan diri sendiri atau dengan mencalonkan orang lain (“Pencalon”), dimana para Pencalon akan menghantar satu gambar diri sendiri atau orang yang dicalonkan (“Peserta”); |
2.4.2 |
|
bersama dengan gambar tersebut, para Pencalon juga dikehendaki memberi huraian mengenai sebab-sebab seorang Peserta berhak untuk dihadiahkan percutian impian mereka dalam tidak lebih daripada 350 patah perkataan; |
2.4.3 |
|
pihak Penganjur akan memilih dua puluh (20) orang Peserta (“Peserta Peringkat Akhir”) yang akan dinilai menurut kriteria yang dinyatakan dibawah ini untuk memilih tujuh (7) orang pemenang (“Pemenang”); dan |
2.4.4 |
|
para Pemenang akan diberikan Hadiah-hadiah mereka (seperti yang ditafsirkan selepas ini) dan akan muncul dalam Rancangan tersebut berdasarkan kepada Terma-terma dan Syarat-syarat ini. |
|
2.5 |
|
Para Pencalon/Peserta mesti mematuhi mekanisma Peraduan ini sepertimana yang diterangkan dan dimaklumkan kepada para Pencalon/Peserta oleh Penganjur dari masa ke semasa dalam Tempoh Peraduan. |
2.6 |
|
Peraduan ini akan dianjurkan oleh Penganjur dalam Bahasa Malaysia. Walaubagaimanapun, Penyertaan Peraduan (seperti yang ditafsirkan selepas ini) boleh dibuat dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. |
2.7 |
|
Pihak Penganjur mempunyai hak tunggal untuk menukar, mengubah, membatal atau menambah Terma-terma dan Syarat-syarat dan mana-mana peraturan dan undang-undang termasuk mekanisma Peraduan ini. Penganjuran, penerbitan, rakaman, penyiaran dan/atau eksploitasi Rancangan tersebut juga adalah tertakluk kepada hak tunggal dan penuh Penganjur. |
2.8 |
|
Pihak Penganjur mempunyai hak tunggal untuk membatalkan atau menangguhkan Peraduan/Rancangan ini pada bila-bila masa, dan dalam hal yang demikian pihak Penganjur boleh memilih untuk tidak memberikan sebarang hadiah. Pembatalan atau penangguhan tersebut tidak akan memberi hak kepada mana-mana Peserta untuk membuat sebarang tuntutan. Jika Peraduan ini disambung semula oleh Penganjur, Peserta akan mematuhi keputusan Penganjur mengenai penyambungan semula Peraduan ini serta pemberian Hadiah. |
3. |
|
PENYERTAAN PERADUAN |
3.1 |
|
3.1 Para Pencalon dikehendaki menghantar gambar Peserta dan gambar tersebut mesti dihantar sekali dengan:- |
| |
|
3.1.1 |
|
huraian mengenai sebab-sebab Peserta tersebut berhak untuk menerima percutian impiannya dalam tidak lebih daripada 350 patah perkataan; |
3.1.2 |
|
3.1.2 nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor passport, alamat, nombor telefon (rumah dan telefon bimbit) dan alamat e-mel Peserta; dan/atau |
3.1.3 |
|
nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor passport, alamat, nombor telefon (rumah dan telefon bimbit) dan alamat e-mel Pencalon (jika bukan seorang Peserta); |
(dirujuk secara kolektifnya sebagai “Penyertaan Peraduan”) |
3.2 |
|
Pencalon boleh menghantar sebanyak mana Penyertaan Peraduan yang boleh tetapi hanya satu (1) Penyertaan Peraduan dari setiap satu Pencalon boleh memenangi Hadiah (selepas ini ditafsirkan). |
3.3 |
|
Penyertaan Peraduan mesti lengkap, tepat dan dihantar kepada Penganjur secara ‘online’ melalui laman web www.mastraveller.com. Penyertaan mesti diterima oleh Penganjur pada atau sebelum Tarikh Tutup Penyertaan. Penyertaan Peraduan yang diterima selepas masa yang dinyatakan akan dibatalkan dan tidak layak untuk memenangi Hadiah (selepas ini ditafsirkan).
|
3.4 |
|
Dengan penghantaran Penyertaan Peraduan, Pencalon/Peserta akan dianggap sebagai telah membaca, memahami, menerima dan bersetuju dengan Terma-terma dan Syarat-syarat Peraduan. |
3.5 |
|
Penyerahan Penyertaan Peraduan tidak menjamin peluang Pencalon/Peserta untuk menyertai Peraduan ini. Penganjur berhak untuk menolak atau tidak menerima penyertaan oleh Peserta atas sebarang sebab, termasuk (tanpa had) di mana Penyertaan Peraduan adalah tidak lengkap, tidak boleh dibaca atau mana-mana terma dalam Terma-terma dan Syarat-syarat tidak dipenuhi atau dipatuhi oleh Pencalon/Peserta. |
4. |
|
KELAYAKAN |
4.1 |
|
Peraduan ini dibuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun keatas pada 6hb Januari 2010, dan mesti memegang kad pengenalan atau sijil surat beranak Malaysia yang sah. |
4.2 |
|
Pencalon/Peserta mungkin dikehendaki untuk menyerahkan bukti tambahan kelayakan dalam tempoh masa yang dinyatakan oleh Penganjur dan jika Pencalon/Peserta gagal untuk berbuat demikian, Penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan Pencalon/Peserta. |
4.3 |
|
Orang-orang berikut tidak layak untuk menyertai Peraduan ini:- |
|
|
4.3.1 |
|
pekerja-pekerja Malaysian Airlines System Berhad, Astro Entertainment Sdn Bhd, Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd, ASTRO ALL ASIA NETWORKS plc, Homegrown Productions Sdn Bhd, dan anak ayarikat dan syarikat bersekutunya, ejen-ejen, penaja-penaja, peniaga, pedagang atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengan Peraduan dan ahli keluarga terdekat orang-orang tersebut; |
4.3.2 |
|
mana-mana orang yang muflis atau muflis yang tidak dilepaskan; atau |
4.3.3 |
|
jika orang tersebut telah disabitkan dengan apa-apa jenayah sebelum Peraduan ini. |
|
5. |
|
PEMBATALAN |
5.1 |
|
Penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan Pencalon/Peserta dan/atau mengambil balik Hadiah (selepas ini ditafsirkan) pada mana-mana peringkat Peraduan jika:- |
|
|
5.1.1 |
|
Pencalon/Peserta tersebut tidak memenuhi mana-mana kriteria kelayakan; |
5.1.2 |
|
Pencalon/Peserta tersebut melanggar mana-mana Terma-terma dan Syarat-syarat atau mana-mana peraturan atau undang-undang Peraduan ini atau mana-mana undang-undang atau peraturan yang berkaitan; atau |
5.1.3 |
|
pada pendapat Penganjur, ia percaya bahawa Pencalon/Peserta telah cuba untuk melemahkan operasi Peraduan dalam apa jua carapun, terrmasuk tetapi tidak terhad kepada penipuan, fraud atau keperdayaan. |
|
5.2 |
|
Jika berlaku pembatalan selepas Hadiah telah diberikan, Penganjur berhak untuk menuntut pengembalian Hadiah itu atau bayaran sama nilai dengan Hadiah itu dari Pemenang yang hilang kelayakan atau dibatalkan penyertaan. |
6. |
|
WARANTI-WARANTI |
6.1 |
|
/Peserta membuat representasi dan waranti kepada Penganjur bahawa :- |
|
|
6.1.1 |
|
Pencalon/Peserta mempunyai hak dan kuasa untuk menyertai Peraduan ini menurut Terma-terma dan Syarat-syarat dan akan memberi apa-apa bukti yang diperlukan oleh Penganjur; |
6.1.2 |
|
Pencalon/Peserta bukan seorang yang muflis atau muflis yang belum dilepaskan; |
6.1.3 |
|
Pencalon/Peserta tidak disabitkan dengan apa-apa jenayah sebelum Peraduan ini; dan |
6.1.4 |
|
semua butiran peribadi yang dihantar dan semua kenyataan yang dibuat oleh Pencalon/Peserta kepada Penganjur adalah benar, tepat dan lengkap. |
|
6.2 |
|
Sebagai balasan kepada tawaran Penganjur memberi peluang kepada Pencalon/Peserta untuk mengambil bahagian dalam Peraduan ini, Pencalon/Peserta dengan ini bersetuju tanpa syarat dan pembatalan bahawa :- |
|
|
6.2.1 |
|
jika diperlukan oleh Penganjur, Peserta akan bersedia untuk melapangkan diri (tanpa bayaran) untuk:- |
|
|
(a) |
|
(a) penerbitan, rakaman dan publisiti Peraduan ini; dan |
(b) |
|
(b) jika Peserta adalah seorang Peserta Peringkat Akhir/Pemenang, penerbitan, rakaman dan Publisiti Rancangan ini (termasuk tetapi tidak terhad kepada penyimpanan “blog”, “on-line diaries” atau aktiviti-aktiviti interaktif yang lain untuk tujuan promosi) di mana Peserta Peringkat Akhir/Pemenang mungkin dikehendaki untuk rakaman audio, video, cetakan, gambar, elektronik dan pengantara interaktif sehingga 24 jam dalam satu hari, |
|
|
|
pada bila-bila masa dan jadual penerbitan yang akan diberitahu oleh Penganjur termasuk untuk tujuan temubual-temubual (yang mungkin akan dirakamkan); dan/atau pengambilan gambar, rakaman audio dan/atau visual unutk tujuan promosi dan publisiti (secara kolektif “Rakaman”); |
6.2.2 |
|
Penganjur mempunyai hak dan kuasa mutlak untuk mengguna, mengeksploitasi, mempamerkan, mengekstrak dan mempakej mana-mana bahagian Rakaman dalam apa jua cara melalui mana-mana media tanpa mendapatkan kebenaran Pencalon/Peserta/Peserta Peringkat Akhir/Pemenang atau membuat sebarang bayaran kepada mereka; |
6.2.3 |
|
Penganjur mempunyai hak tunggal dan mutlak untuk menyiarkan Rakaman dan/atau menggunakan slogan, nama atau nama timangan dalam mana-mana rancangan/saluran mereka secara penuh atau tidak dalam hak tunggal Penganjur. Semua hakcipta yang wujud dalam Rakaman akan menjadi milik penuh Penganjur; |
6.2.4 |
|
gambar Peserta yang dihantar bersama dengan Penyertaan Peraduan, serta apa-apa gambar, lukisan, slogan, bahan atau hasilkerja kreatif yang lain, termasuk rakaman suara atau video (secara kolektif “Harta Intelektual”) bersama dengan Penyertaan Peraduan, Pencalon/Peserta memberi waranti bahawa semua hak Harta Intelektual dalam penyertaan tersebut tidak melanggar mana-mana hak harta intelektual pihak ketiga; |
6.2.5 |
|
Penganjur mempunyai hak secara tunggal dan mutlak, untuk mengunakan dan mengeksploitasikan Harta Intelektual melalui apa-apa cara atau media dan dalam apa-apa cara yang dianggap sesuai tanpa mendapat kebenaran dahulu atau membuat apa-apa bayaran kepada Peserta/Peserta Peringkat Akhir/Pemenang dan/atau wakilnya; |
6.2.6 |
|
Pencalon/Peserta telah membaca dan memahami Terma-terma dan Syarat-syarat dan Pencalon/Peserta bersetuju untuk bekerjasama dan mematuhi semua arahan yang diberi kepada Pencalon/Peserta oleh Penganjur dari masa ke semasa; |
6.2.7 |
|
semua Hadiah (selepas ini ditafsirkan) yang akan diberikan dalam Peraduan ini adalah bergantung kepada ketepatan maklumat yang diberikan dan pendedahan yang dibuat oleh Pencalon/Peserta dan perlaksanaan penuh dan lengkap ke atas semua waranti, akujanji dan obligasi yang dinyatakan di sini oleh Pencalon/Peserta; |
6.2.8 |
|
Pencalon/Peserta tidak akan melakukan atau meninggalkan sebarang perbuatan, secara langsung atau tidak langsung, yang akan mencemarkan nama baik Penganjur dan/atau penaja-penaja; |
6.2.9 |
|
Peserta tidak akan tanpa kebenaran bertulis terdahulu dari Penganjur menerbitkan atau mendedahkan apa-apa maklumat yang berkaitan dengan Peraduan atau Hadiah (selepas ini ditafsirkan) (termasuk tanpa had, kepada apa-apa wakil mana-mana pihak media dalam apa jua bentuk sekalipun); |
6.2.10 |
|
Pencalon/Peserta tidak akan memberi sebarang pengindorsan produk, temuramah atau mengambil bahagian dalam apa-apa artikel atau laporan yang berkaitan dengan Peraduan atau Hadiah dengan mana-mana pihak ketiga, dan tidak akan mengeluarkan kenyataan umum dan/atau cuba untuk mempengaruhi rakyat umum melalui media elektronik atau cetakan seperti melalui penggunaan kenyataan akhbar, laman web, blog, forum atau cara lain kecuali dalam cara yang diperlukan oleh pihak Penganjur untuk tujuan Peraduan/Rancangan; dan |
6.2.11 |
|
penyertaan Pencalon/Peserta dalam Peraduan dan/atau Rancangan ini tidak memberi hak kepada Peserta untuk menerima upah, gaji atau apa-apa bayaran lain sekalipun. |
|
7. |
|
KEPUTUSAN HAKIM/PENGANJUR |
7.1 |
|
Pihak penganjur akan memilih Pemenang dari kesemua Penyertaan Peraduan yang diterima sebelum Tarikh Tutup Penyertaan. Pemilihan para Peserta Peringkat Akhir akan dibuat berdasarkan kriteria berikut: daya kreatif, sebab-sebab yang menarik dan kukuh, keaslian dan kebolehan untuk menarik perhatian. |
7.2 |
|
Butiran mengenai para Peserta Peringkat Akhir akan dimuat naik dalam laman web Peraduan di www.mastraveller.com untuk undian rakyat umum. Pengundian akan bermula pada 10hb Februari 2010 dan berakhir pada 9hb Mac 2010 (“Tempoh Pengundian”). Berdasarkan pengundian ‘online’, dua (2) Peserta Peringkat Akhir yang mempunyai undian yang paling sedikit setiap minggu akan disingkirkan. Pengundian ‘online’ akan berterusan sehingga berakhirnya Tempoh Pengundian sehingga tinggal hanya dua belas (12) Peserta Peringkat akhir.
|
7.3 |
|
Pihak Penganjur akan memilih tujuh (7) Pemenang daripada dua belas (12) Peserta Peringkat Akhir yang tinggal. Pemilihan Pemenang akan dibuat berdasarkan kriteria berikut: daya kreatif, sebab-sebab yang menarik dan kukuh, keaslian dan kebolehan untuk menarik perhatian. |
7.4 |
|
Di sidang akhbar yang akan diadakan pada 16hb Mac 2010, para Pemenang akan diumumkan. |
7.5 |
|
Keputusan Hakim/Penganjur dalam semua perkara yang berkaitan dengan Peraduan (termasuk tanpa had, pemilihan Peserta, Peserta Peringkat Akhir dan Pemenang, cara permainan Peraduan dan/atau apa-apa resolusi yang dibuat) adalah muktamad dan mengikat Peserta/Peserta Peringkat Akhir/Pemenang. Apa-apa perbincangan, surat-menyurat, pertanyaan, rayuan atau cabaran terhadap keputusan Penganjur yang dibuat tidak akan dilayan. |
7.6 |
|
Pencalon/Peserta/Peserta Peringkat Akhir tidak boleh mempertikai atau membuat apa-apa aduan lisan atau bertulis, pengumuman umum atau kenyataan mengenai keputusan Hakim/Penganjur sama ada semasa atau selepas Tempoh Peraduan. |
8. |
|
HADIAH |
8.1 |
|
Para Pemenang akan memenangi percutian yang dibayar sepenuhnya ke destinasi impian yang dihuraikan dalam Penyertaan Peraduan mereka termasuk tiket penerbangan kelas ekonomi dan cukai lapangan terbang, surcaj insurans, pengangkutan darat di destinasi, hotel penginapan, dan kos makanan dan minuman (“Hadiah”). |
8.2 |
|
Nama-nama Pemenang akan dimaklumkan oleh Penganjur sebelum sidang akhbar. Pihak penganjur mempunyai hak tunggal dan mutlak untuk menggunakan cara atau pengantara yang lain yang dianggap sesuai untuk mengumumkan Pemenang. |
8.3 |
|
Jika mana-mana Pemenang tidak dapat menerima, mengambil dan/atau menggunakan apa-apa Hadiah atas sebab yang tidak berkenaan dengan Penganjur, pihak Penganjur berhak untuk memilih pemenang alternatif. Pihak Penganjur tidak akan memberi sebarang hadiah atau pampasan “in-kind”. |
8.4 |
|
Pemenang Peraduan dikehendaki untuk memberikan butir-butir untuk dihubungi, nombor pasport, nombor kad pengenalan atau surat beranak dan butir-butir lain yang difikirkan perlu dan relevan bagi pihak Penganjur di dalam budi bicara penuh mereka, apabila diminta/diberitahu oleh pihak Penganjur untuk tujuan pengesahan. Bukti mengepos, faks, atau menghantar (dalam apa-apa cara sedemikian) apa-apa butiran kepada Penganjur tidak boleh dijadikan bukti yang Penganjur telah menerima butiran tersebut. |
8.5 |
|
Pihak Penganjur berhak untuk menyimpan hadiah bagi mana-mana Pemenang Peraduan yang gagal menyerahkan butir-butir yang dikehendaki apabila diminta/diberitahu oleh pihak Penganjur dan pihak Penganjur, penaja-penaja, ejen-ejen dan wakil-wakil mereka tidak akan bertanggungjawab terhadap Pemenang ini dalam apa jua cara pun. Pihak Penganjur berhak untuk melantik pihak ketiga untuk mengesahkan Pemenang dan para Pemenang bersetuju bahawa Penganjur boleh menyerahkan informasi berkenaan Pemenang kepada pihak ketiga untuk tujuan pengesahan tersebut. |
8.6 |
|
Pemenang-pemenang dikehendaki untuk menghadiri sidang akhbar tersebut di atas kos dan perbelanjaan sendiri. Jika ada Pemenang yang tidak dapat hadir, Pemenang tersebut mesti melantik seorang wakil untuk hadir pada upacara tersebut untuk menerima hadiah bagi pihak Pemenang. Wakil Pemenang yang hadir bagi pihak Pemenang akan dianggap terikat oleh Terma-terma dan Syarat-syarat ini. Penganjur mempunyai budi bicara penuh dan mutlak untuk menggunakan nama-nama/gambar-gambar Pemenang atau wakil Pemenang untuk tujuan pengiklanan, perniagaan atau promosi. |
8.7 |
|
Penganjur tidak menjamin bahawa Hadiah-hadiah akan tersedia ada dan Penganjur berhak untuk menggantikan Hadiah-hadiah dengan mana-mana hadiah-hadiah lain yang mempunyai nilai yang serupa sepertimana yang ditetapkan oleh Penganjur, ejen-ejen atau penaja-penaja dalam hak tunggal mereka. |
8.8 |
|
Semua hadiah tidak boleh sama sekali dipindahmilik, diserahhak, ditukar atau dituntut oleh Peserta dalam bentuk atau cara yang lain selain daripada yang dinyatakan oleh Penganjur. Semua terma-terma dan syarat-syarat spesifik atau khas yang berkaitan dengan Hadiah (sama ada oleh Penganjur atau ejen-ejen atau penaja-penaja Penganjur) mesti dipatuhi oleh Pemenang. |
8.9 |
|
Para Pemenang bertanggungjawab untuk apa-apa dan semua cukai, levi atau duti yang dikenakan atas sebab Hadiah itu dihadiahkan atau diterima (mana yang berkaitan). |
8.10 |
|
Jika Peserta memilih untuk tidak menerima Hadiah, hak Peserta terhadap Hadiah tersebut akan dilucutkan dan Hadiah tersebut akan dikendalikan menurut hak tunggal Penganjur. |
8.11 |
|
Semua Hadiah diterima atas risiko penuh Pemenang dan dihadiahkan oleh Penganjur dan/atau penaja-penaja mereka tanpa sebarang waranti nyata atau tidak nyata. Pemenang akan menandatangani surat perlepasan dan indemniti dalam bentuk yang dinyatakan oleh Penganjur, jika diperlukan, supaya boleh menerima Hadiah. |
8.12 |
|
Hadiah mesti diambil menurut tarikh dan destinasi yang ditetapkan oleh Penganjur, ejen-ejen pelancongan atau penaja Penganjur dan jika gagal untuk berbuat demikian, hak pemenang Peraduan ke atas Hadiah Percutian ini akan dilucutkan oleh Penganjur. Tiada alternatif wang atau destinasi yang akan ditawarkan oleh Penganjur, ejen-ejen atau penaja Penganjur. |
8.13 |
|
Hadiah mesti diambil menurut semua terma-terma dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Penganjur, ejen pelancongan atau penaja Penganjur termasuk (tanpa had) seperti yang berikut:- |
|
|
8.13.1 |
|
terma-terma dan syarat-syarat syarikat penerbangan/syarikat pembawa penumpang/hotel yang berkenaan; |
8.13.2 |
|
terma-terma dan had-had mana-mana polisi insurans yang berkaitan dengan Hadiah; dan |
8.13.3 |
|
terma-terma dan syarat-syarat yang berkaitan dengan semua peraturan dan arahan kesihatan dan keselamatan dan semua keperluan undang-undang dan kawalselia. |
|
8.14 |
|
Pemenang mesti memegang dokumen perjalanan yang sah dengan sekurang-kurangnya tempoh sah pasport untuk satu (1) tahun lagi. Adalah menjadi tanggungjawab Pemenang ini untuk mendapatkan kebenaran (visa) dan dokumen perjalanan di atas kosnya sendiri. Jika Pemenang gagal untuk mendapatkan dokumen-dokumen berkenaan, tiada sebarang pampasan yang akan diberikan, tidak kira dalam apa jua keadaan. |
8.15 |
|
Kawalan pasport dan pihak berkuasa dalam negeri berhak untuk menghalang kemasukan sesiapa ke dalam mana-mana negara. Jika Pemenang dihalang daripada memasuki atau meninggalkan mana-mana negara yang dilawat, Penganjur tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua cara pun untuk memberi pampasan kepada Pemenang atas sebab dihalang daripada memasuki atau keluar negara itu dan apa-apa kos tambahan yang dikenakan adalah atas tanggungan dan tanggungjawab Pemenang tersebut. |
8.16 |
|
Tidak mengambilkira apa-apa klausa lain yang terkandung di dalam ini, dalam keadaan yang tidak dijangka atau di luar kawalan Penganjur, ejen-ejen pelancongan atau penaja Penganjur, Penganjur serta ejen-ejen pelancongan dan penaja Penganjur mempunyai hak tunggal untuk menawarkan alternatif lain yang mempunyai nilai yang serupa. Tiada alternatif wang yang akan ditawarkan. |
8.17 |
|
Butiran mengenai jadual penerbangan, pengangkutan lain, lapangan terbang, tempat tinggal atau aspek-aspek lain mengenai Hadiah, dan tarikh dan masa yang disebut oleh Penganjur, ejen-ejen pelancongan, penaja-penaja atau wakil-wakil Penganjur untuk panduan sahaja dan adalah tertakluk kepada pertukaran tanpa notis dan tanpa apa-apa liabiliti. |
8.18 |
|
Kelas perjalanan untuk mana-mana Hadiah yang melibatkan penerbangan adalah kelas ekonomi kecuali ditentukan sebaliknya. |
8.19 |
|
Pemenang mesti mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk menampung apa-apa komitmen kewangan yang mungkin ditanggung berkaitan dengan Hadiah (termasuk, tanpa had, pertukaran ke dan dari mana-mana lapangan terbang yang dinyatakan dalam Hadiah, makan dan minum, khidmat bilik, khidmat dobi, berat beg berlebihan, insurans sendiri, perubatan dan/atau beg, semua barang persendirian, cukai kastam dan cukai lapangan terbang) lebih daripada apa yang dimasukkan dalam Hadiah tersebut. |
9. |
|
UNDANG-UNDANG |
9.1 |
|
Terma-terma dan syarat-syarat Peraduan ini akan dibaca dan ditafsir mengikut undang-undang Malaysia. |
10. |
|
MAKLUMAT SULIT |
10.1 |
|
Pencalon/Peserta bersetuju untuk menganggap semua Terma-terma dan Syarat-syarat dan peraturan dan undang-undang Peraduan dan semua maklumat dan pengetahuan yang diperoleh oleh Pencalon/Peserta berkenaan dan/atau berkaitan dengan Peraduan ini dan/atau Rancangan ini dan/atau diperolehi oleh sebab penyertaan Pencalon/Peserta dalam Peraduan/Rancangan ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada perniagaan dan butir-butir operasi Penganjur, mekanisma Peraduan, penghakiman/kriteria pemilihan untuk Peraduan (secara kolektif dirujuk sebagai “Maklumat Sulit”), sebagai sulit dan Pencalon/Peserta bersetuju semasa dan selepas Tempoh Peraduan ini untuk mengambil langkah berjaga-jaga untuk tidak mendedahkan sebarang Maklumat Sulit kepada pihak-pihak yang tidak berkenaan atas apa sebab sekalipun dan berakujanji untuk memulangkan semula kepada Penganjur semua material yang nyata yang mengandungi Maklumat Sulit termasuk sebarang dokumentasi, rekod-rekod, senarai-senarai, nota-nota, lakaran-lakaran, lukisan-lukisan, memorandum-memorandum, model-model akaun, bahan-bahan rujukan, contoh-contoh dan media dan peralatan yang boleh dibaca mesin yang berkaitan dengan Maklumat Sulit termasuk semua pendua dan salinan. |
11. |
|
INDEMNITI |
11.1 |
|
Pencalon/Peserta selamanya mengenepikan dan melepaskan Penganjur, ejen-ejen, penaja-penaja dan wakil-wakil Penganjur dari dan terhadap sebarang dan semua liabiliti, kos, kerugian, kehilangan atau perbelanjaan yang dituntut oleh Pencalon/Peserta atau mana-mana pihak yang menuntut bagi pihak Pencalon/Peserta yang mungkin timbul akibat daripada penerimaan mana-mana Hadiah atau penyertaan dalam Peraduan ini termasuk (tetapi tidak terhad kepada) kecederaan diri dan kerosakan kepada harta sama ada secara terus, berbangkit, boleh ramal atau sebaliknya. |
11.2 |
|
Pencalon/Peserta akan menggantirugi Penganjur, syarikat bersekutunya ejen-ejen dan penaja-penaja Penganjur dari dan terhadap semua liabiliti, kos, kerugian atau perbelanjaan yang ditanggung disebabkan oleh pelanggaran waranti dan akujanji Pencalon/Peserta dan pelanggaran Terma-terma dan Syarat-syarat dan/atau peraturan dan undang-undang Peraduan. |
12. |
|
KOS |
12.1 |
|
Semua kos yang ditanggung oleh Pencalon/Peserta berkaitan dengan Peraduan termasuk tetapi tidak terhad kepada caj pos atau pembekal khidmat Internet (“ISP”) (jika berkaitan), semua kos pengangkutan, caj perhubungan, tempat tinggal, makan dan kos lain yang berkaitan yang ditanggung oleh Pencalon/Peserta akibat daripada dan/atau disebabkan oleh penyertaan Pencalon/Peserta dalam Peraduan akan ditanggung secara sendiri oleh Pencalon/Peserta. Penganjur tidak mempunyai apa-apa obligasi untuk membayar balik Pencalon/Peserta untuk mana-mana kos dan perbelanjaan yang ditanggung sedemikian. |
13. |
|
HAD LIABILITI |
13.1 |
|
Pencalon/Peserta mengaku bahawa penyertaan beliau dalam Peraduan ini adalah di atas risikonya sendiri. |
13.2 |
|
Penganjur, ejen-ejen, penaja-penaja, wakil-wakil, syarikat bersekutu Penganjur dan pengarah, pegawai dan pekerja, ejen dan pemegang serahhak mereka tidak akan bertanggungjawab terhadap mana-mana Pencalon/Peserta berkenaan dengan kegagalan untuk memenangi sebarang Hadiah dalam Peraduan ini, Hadiah rosak atau penyalahgunaan Hadiah atau apa-apa kehilangan, kerugian, kos, perbelanjaan, tuntutan, liabiliti , kematian atau kemalangan yang dialami oleh Pencalon/Peserta semasa Peraduan atau akibat daripada atau berkaitan dengan Peraduan, penyertaan Pencalon/Peserta dalam Peraduan dan/atau Hadiah yang dihadiahkan. |
13.3 |
|
Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap:- |
|
|
13.3.1 |
|
sebarang masalah, kerugian atau kerosakan atas sebarang sebab yang dihadapi oleh Pencalon/Peserta atau mana-mana pihak yang disebabkan oleh kelewatan dan/atau kegagalan di dalam penerimaan atau penyerahan Penyertaan Peraduan yang disebabkan oleh kegagalan rangkaian, komunikasi, ISP atau kesilapan sistem, gangguan dan/atau kegagalan yang dialami oleh Penganjur atau pembekal khidmat telekomunikasi Pencalon/Peserta dan/atau disebabkan oleh penyertaan atau muat turun mana-mana bahan dalam Peraduan ini. Jika berlaku sebarang kesilapan, gangguan dan/atau kegagalan, Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kegagalan yang dihadapi oleh Pencalon/Peserta untuk menyertai Peraduan ini atau apa-apa kegagalan yang dihadapi oleh Penganjur dalam memenuhi obligasi Penganjur seperti yang dinyatakan dalam Terma-terma dan Syarat-syarat ini ; |
13.3.2 |
|
sebarang kesilapan (termasuk kesilapan dalam pemberitahuan kepada pemenang Peraduan), peninggalan, gangguan, pemadaman, kecacatan, kelewatan dalam pengendalian atau penghantaran, kegagalan talian komunikasi atau pengangkutan, kecurian, pemusnahan, akses yang tidak dibenarkan, atau penyertaan yang hilang atau lewat sama ada atau tidak timbul semasa operasi atau transmisi disebabkan oleh sebab-sebab yang di luar kawalan Penganjur; dan |
13.3.3 |
|
sebarang perubahan yang dibuat oleh Penganjur, ejen-ejen, penaja-penaja atau wakil-wakil Penganjur termasuk tetapi tidak terhad kepada perubahan Hadiah atau masa atau tarikh Peraduan ini. |
|
14 |
|
SYARAT-SYARAT AM |
14.1 |
|
Penganjur, ejen-ejen, penaja-penaja dan wakil-wakil Penganjur tidak akan bertanggungjawab untuk melaksanakan mana-mana obligasi mereka terhadap Peraduan ini dan Terma-terma dan Syarat-syarat, peraturan dan undang-undang berkaitan dengan Peraduan ini di mana mereka tidak dapat berbuat demikian atas sebab kejadian yang diluar kawalan dan tidak akan bertanggungjawab untuk memberi pampasan kepada Pencalon/Peserta dalam apa jua keadaan. |
14.2 |
|
Pencalon/Peserta tidak boleh menyerahhak mana-mana hak atau subkontrak mana-mana obligasi seperti yang dinyatakan dalam Terma-terma dan Syarat-syarat ini. Penganjur mempunyai hak untuk menyerahhak atau sublesen kesemua atau sebahagian daripada hak-haknya seperti yang dinyatakan dalam Terma-terma dan Syarat-syarat ini kepada mana-mana pihak ketiga sepertimana yang ditentukan oleh Penganjur. |
14.3 |
|
Semua hak-hak dan keistimewaan yang diberikan di sini kepada Penganjur adalah tidak boleh batal dan tidak tertakluk kepada pembatalan, halangan atau injunksi di bawah apa jua keadaan. Di dalam apa jua keadaan pun Pencalon/Peserta tidak berhak kepada relif injunksi atau untuk menghalang atau mengganggu penganjuran Peraduan, penerbitan, pengeluaran, pameran dan/atau eksploitasi Peraduan dan/atau Rancangan dan/atau apa-apa produk yang dihasilkan dan/atau berkaitan dengan Peraduan dan/atau Rancangan. |
14.4 |
|
Mana-mana peruntukan dalam Terma-terma dan Syarat-syarat ini yang terbatal, tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan tidak akan memberi kesan atau mengganggu penguatkuasaan Terma-term dan Syarat-syarat Peraduan yang lain. |
14.5 |
|
Bahasa utama Terma-terma dan Syarat-syarat adalah Bahasa Inggeris. Apa-apa terjemahan kepada bahasa lain selain daripada Bahasa Inggeris adalah untuk tujuan kemudahan sahaja. Sekiranya terdapat sebarang perkara yang tidak konsisten di antara kedua-duanya, versi Bahasa Inggeris akan diberi keutamaan. |